Tuesday, 19 February 2019

Redha & Ihklas

Redha

Adakalanya kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Tetapi hasil yang kita usahakan itu menjadi milik orang lain. Jadi kita beranggapan bahawa orang lain telah merampas rezeki yang dirasakan sepatut menjadi milik kita. Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa rezeki tidak pernah salah alamat dan ianya menjadi milik kita tepat pada masa yang sesuai.

Jadi tidak guna kita marah, kecewa atau sewaktu dengannya.Ikhlaskan apa yang berlaku kecuali jika anda memilih hidup dalam kemurungan.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah masa terbaik untuk kita melatih jiwa untuk mempercayai dan menerima setiap ketentuan dariNYA. Seterusnya meyakini bahawa ALLAH mampu memberi yang terbaik sebagai ganti untuk kehilangan itu.

Setiap masalah dan ujian itu hanyalah latihan untuk kita percaya akan kebesaran ALLAH bukan sekadar mengikut logik kita yang amat terbatas.


Monday, 11 February 2019

Herv Set - road to glass skin



Sekarang ni kan musim demam korea.

Mai Cikdiva nak bagitau pasal produk ni.

Oil Cleanser sesuai utk:

- Dry Skin
* Foam cleanser x recommended for dry skin sbb dia akan menyebabkan skin u lebih kering and irritate .
* Bila Dry skin , skin u akan nampak lebih berusia dr umur sebenar. Dah x awet muda dah 😔
* So WAJIB use Oil Cleanser utk moist the skin.


- Oily Skin
* Oily Skin PERLU kan Oil Cleanser utk memberi SIGNAL pd lapisan kulit bahawa Skin u all DAH CUKUP HYDRATE and OIL.. so stop dr merembeskan lagi Oil pd skin i olsss
* This method mmg berkesan.
* Plus Our Active Ingredients dalam Oil Cleanser is Sunflower Oil which is dia x CLOG your PORE.. but dia lagi CLEANSE your PORE.. and its PROVEN.


- Basically Oil Cleanser mmg AGEN Makeup Meltaway even u pakai Sunscreen.

WAJIB cleanse your face dgn Oil Cleanser.

U sure x nak Makeup stuff sumbat dlm pori u right?

And HANYA OIL base shj yg dapat menanggalkan WATERPROOF Makeup.



Exfoliator ini Agen DETOX and Menanggalkan Sel Kulit Mati di skin ..

Tanpa exfoliator , skin u all jadi :

- Pore Clogged
- Kulit Kusam dek sel kulit mati dok bertenggek atas skin
- Kulit X sihat , and Kulit x Glow .
- Skincare lain x dapat memaksimumkan benefitnya sbb skin dh dihalang oleh Dead Skin Cell
- Jerawat ! Dah Clogged pore maka jerawat pun akan say hello pada skin u all 🤧


HERV - LUXE ESSENCE ADVANCE

Secara Asasnya, Essence nie merupakan Step SEBELUM Serum.

Dia Bersifat LIGHT drpd Serum.

Kerana Essence MOSTLY Waterbase.
But ada juga Bersifat Sedikit Likat.

Certain Orang yang ALAH / Sensitive Pada Serum,

Boleh guna Essence as ALTERNATIVE.

Kerana

Mostly Serum bersifat LIKAT .

Dalam HERV LUXE ESSENCE ADVANCE ,
Kita MENUMPUKAN utk :

- Brightening Effect.
Maksudnya mencerahkan skin especially Yang ada DARK SPOT, UNEVEN SKIN TONE dan Dapat MEMBANTU utk yang ada Masalah KULIT KUSAM dan x Bermaya.

- Skin Activating Treatment
Maksudnya dia dapat MEMBANTU Masalah skin dr DALAM KERANA Partikal Dia HALUS. - WATERBASE-
Dapat Meresap ke dalam Pori kita.
Sgt2 SESUAI utk SENSITIVE and ACNE SKIN

- Youth Essence
Ini adalaha IMPIAN setiap ORANG!
Why Kita punya Essence beza drpd hat lain?
Sebab
Kita punya essence dr Rose Water and Rose Essential Oil utk bau dia.
Nie bukan Hat Mur2 punya Bau Rose.
Bau dia mmg Ada Effect Calming .
Kalau ampa pakai Dior Essence Rose.
Bau dia seakan sama .
Effect?
Baka A Class kaching!

Apa Kebaikan Rose Water and Rose Essential Oil?

Sangat2 banyakkkkkkk


CARA PAKAI :

- Kita EDUCATE ALL utk PRACTICE
“ 7 SKIN LAYER METHOD “

Apa tu?

Dap2 Essence di Muka sebanyak 7 Lapisan
Tggu sehingga setiap lapisan meresap
And Continue step sehingga 7x

And u boleh Lihat perbezaan KETARA .

Skin kita jd lebih MOIST and GLOW!

Sbb Skin kita dh CUKUP BOOSTER! Makanan dh cukup.
Bila Skin dh Cukup Moist,
Dah x nampak Muka Matang.

Ini SERIUS.

Punca Muka nampak lebih berumur sebab pertamanya SKIN Kita KURANG BOOSTER and KERING .


CARA PAKAI NO 2:

Ambil Cotton Pad and Titis HERV Essence
And TEKAP Cotton Pad di Muka

Buat Sebagai MASK!

So sayang2 semua... Rajin2 la amalkan ya..

Credit to : ohlala team

Vaseline

Vaseline


Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dalam menjaga kesihatan diri, dari penjagaan rambut sehinggalah kaki. Bagi sesetengah orang, untuk memiliki rupa yang cantik dan kulit yang sihat, anda perlu mengeluarkan kos yang banyak.Tetapi jika anda tahu bagaimana untuk manfaat sesuatu produk, ataupun daripada bahan semulajadi, anda tidak perlu habiskan ribuan ringgit pun untuk mendapatkan kulit yang cantik.



1 Kerap pakai maskara?

Penulis memang tidak boleh keluar rumah tanpa maskara, jadi memang setiap hari dan masa bulu mata penulis diselaputi dengan maskara. Bila masa untuk menanggalkan maskara sedikit azab, terdapat dua tiga helai bulu mata penulis tercabut nangis. Itu maknanya bulu mata penulis mula lemah dan sedikit.

Solusi: Sebelum tidur, penulis ambil sedikit Vaseline Petroleum Jelly dan sapu nipis di helaian bulu mata. Jangan terlalu tebal, nanti melekit pula disekitar kelopak dan bawah mata.



Hasil: Bulu mata semakin lebat, tebal dan bila tanggalkan maskara memang jarang bulu mata tercabut. Paling best, helaian bulu mata penulis semakin lebat jadi pakai maskara sekarang pun satu coat pun dah cukup wow!



2 Biar tak berapa cantik, jangan siku buruk

Serius…ramai yang lupa dengan bahagian tersembunyi ini. Lagikan pada mereka yang sering mengenakan baju lengan panjang. Penulis dahulu pun tidak sedar yang bahagian siku penulis sangat kering dan hitam, sehinggalah penulis berjumpa dengan seorang kenalan yang muka dan mekap da bomb tapi siku failed!



Solusi: Seperti biasa, sapukan Vaseline Petroleum Jelly di kedua-dua belah siku anda. Sapu sehingga kulit menyerap produk.

Hasil: Bila bangun tidur esok paginya, memang rasa kulit dibahagian siku lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu, anda akan dapat lihat kulit siku pun lebih cerah.



3 Lipstik lebih tahan lama

Peminat lipstik jenis matte dan gloss penulis syorkan untuk anda lakukan rawatan pelembab bibir dan skrub bibir. Bagi penulis yang setiap hari mengenakan lipstik matte memang padahnya bibir kering dan mengelupas akibat formula matte yang kadang kala mengeringkan bibir.


Solusi: Seperti biasa sapu Vaseline Petroleum Jelly di bibir selepas selesai semua rutin penjagaan wajah.

Hasil: Bila anda hendak pakai lipstik keesokannya memang mudah sahaja, bibir lebih lembut dan licin. Kesan pemakaian lipstik pun tahan lebih lama. Tak percaya? Cuba sendiri ya…



4 Melembutkan kutikel 

Celahan kuku jari yang kering juga menganggu sehingga menyebabkan luka di jari. Selain itu, kulit jari yang kering juga boleh mengelupas sehingga terdedah kepada jangkitan kuman.


Solusi: Selesai sapu Vaseline Petroleum Jelly di bulu mata, siku dan bibir, terakhir sekali penulis usap lebih produk di jari dan kuku tangan. Seperti pakai losyen tangan sahaja… cuma cukup dengan sapuan nipis.

Hasil: Kutikel kuku lembut dan ya tidak kering lagi. Malah kulit dibahagian tampak lebih sihat.



5 Langkah terakhir sebelum switch off the lamp! 

Kebiasaannya orang lain akan memakai losyen pada waktu pagi atau membawa sebotol losyen kemana sahaja mereka pergi. Tapi tidak pada penulis, jadi penulis menghabiskan 10 minit terakhir dengan menyapu losyen pada tangan, kaki dan leher. Itu sahaja masa yang penulis boleh luangkan untuk menghidrasi kembali kulit dengan losyen.



Sumber: Wanista.Com

Jalan jalan ke Ho Chi Minh

Bila sebut saja Ho Chi Minh, apa yang terlintas dalam kepala pastinya SHOPPING!! HCM merupakan destinasi terkenal di kalangan rakyat M...