Bila sebut saja Ho Chi Minh, apa yang terlintas dalam kepala
pastinya SHOPPING!!
HCM merupakan destinasi terkenal di kalangan rakyat
Malaysia.
Kali ni Cik Diva ke Ho Chi Minh dengan family selama 4 hari 3 malam.
Penerbangan dari Penang dengan AirAsia selama 1 jam 55 minit. Tapi flight yang Cik Diva naik tiba awal 20 minit di Ho Chi Minh. 😉
Cik Diva dan family disambut oleh tour guide yang bernama Sulayman.
Kami dibawa ke hotel di District 1.
Pada yang nak ke Ho Chi Minh terutamanya yang nak shopping, disarankan untuk book hotel di area District 1.
Sebabnya Ben Thanh Market & Night Market ada di District 1.😅
Ni meal pertama Cik Diva kat HCM. Pho Mee Daging. (Restoran Halal Amin)
Selepas solat, mula ler kaki tak boleh duduk diam. masing2 dah nk mula shopping.
Tempat yang di tuju - Ben Thanh Market.
Apa yang istimewa sangat dengan Pasar Ben Thanh adalah:
Harga tekstil dan fabrik yang sangat murah berbanding harga di Malaysia, antara jenis kain yang sering mendapat sambutan ialah English Cotton, Vietnam Cotton, Japanese Silk, kain satin, kain lace bermanik, kain lace berlabuci, kain viscose dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai barangan istimewa seperti baju kurung, jubah, blaus, t-shirt, beg tangan, telekung, peralatan perhiasan rumah, kraftangan dan terdapat juga serbuk kopi Vietnam yang terkenal. Namun anda perlu berhati-hati kerana sebelum ini terdapat berita tentang Kopi Vietnam Palsu.
Yang paling menarik adalah perniaga yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, ini secara tak lansung memudahkan lagi pelancong Malaysia membuat tawar menawar, jika anda bijak menawar harga yang ditawarkan potongan harga sehingga 50% adalah perkara biasa.
Pelancong juga boleh menggunakan wang Ringgit Malaysia (RM), US Dollar dan Vietnam Dong. Kebanyakkan kedai masih menerima Ringgit Malaysia kerana nilai wangnya yang tinggi dan mudah ditukar di negara ini.
Ketika lapar, anda juga boleh mencuba makanan “street food” yang menjual pelbagai jenis makanan seperti Popia Vietnam, Kebab Vietnam, Bingka Ubi dan pelbagai jenis makanan lagi. Untuk pelancong muslim, anda perlu berhati-hati dan bertanya dahulu status makanan yang halal ataupun tidak. Namun jangan risau, dikawasan ini juga terdapat kedai makan halal untuk memudahkan pelancong muslim.
Pasar Ben Thanh juga dikategorikan tempat lawatan wajib pergi jika anda melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam. Terdapat pelbagai hotel berdekat Pasar ini namun perlu diingat agar berhati-hati ketika berada dikawasan pasar ini kerana terdapat laporan aktivti kecurian dompet dan beg dikawasan ini.
Semua kedai kain disini menyediakan perkhidmatan menjahit baju siap dalam masa 24jam.
Tapi tak semua jahitan berkualiti. Banyak juga yang Cik Diva dan family shopping untuk hari pertama.
Dah puas shopping dan survey harga, Cik Diva balik ke hotel untuk letak barang-barang hasil tangkapan dan rehat sementara tunggu malam untuk berjalan-jalan sekitar kawasan hotel.
Waktu malam kawasan sekitar Ben Thanh ada pasar malam. Juga di depan hotel. Rata-rata orang muslim champa akan berniaga. Antara barang jualan mereka adalah telekung, tudung bokitta, shawl.

Ini lah suasana di sepanjang Malaysian Street. Macam jalan TAR kan? 😅
DAY 2 - Mekong River
Sewaktu dalam perjalan ke Mekong River ni, tour guide bawa kami ke tempat borong.
Bangunan macam rumah tiga tingkat. Nama tempat ni Hawa. Maaf Cik Diva terlupa nak snap photo sebab excited nak tengok apa yang ada kat dalam. 😉
Tingkat pertama ada bermacam jenis kain silk, cotton dan lace. Tingkat kedua ada bermacam jenis shawl, jubah dan telekung. Dan di tingkat tiga pula ada baju kurung siap.
So nasihat Cik Diva, ketahanan mental dari godaan membeli kena kuat. Sebab harga di sini murah juga. Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Mekong River. Sebelum sampai ke jeti, tour guide berhenti di satu tempat (lebih kurang mcm RnR) untuk siapa yang nak ke tandas. Sebab katanya nanti dah tak jumpa tandas yang ada paip.
![]() |
| Menunggu boat |
![]() |
| sampan-sampan yang menunggu |
![]() |
| Horse Ride |
Dihidangkan dengan buah-buahan dan juga nyanyian.
Hampir seharian di sini, kami balik ke hotel dan berehat.
Malamnya sambung shopping di sekitar hotel dan pasar malam.
Cik Diva tak ke Chu Chi tunnel sebab trip ni ada parents Cik Diva. Kesian kalau bawa diorang ke sini nanti letih.
Jadinya hari ke 3 berlegar disekitar Ben Thanh dan Malaysian Street saja.

DAY 3 - Ben Thanh

DAY 4
Selepas sarapan, Cik Diva membeli sedikit souvenir di sekitar hotel dan menunggu van untuk ke airport.
Pada yang nak ke Ho Chi Minh, Cik Diva sarankan buat simpanan lebih. Sebabnya bila dah sampai ke sini selalunya budget terbabas.. Hehehe